28/01/2015:Negara-Negara ASEAN Perlu Terus Bekerjasama

Negara-negara anggota ASEAN perlu terus bekerja bersama-sama dalam semangat persahabatan dan kebersamaan ke arah penubuhan Komuniti ASEAN.

Dalam membuat saranan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerjasama itu penting kerana tugas yang lebih besar menanti badan gagasan serantau itu.
 
Beliau menyatakan demikian dalam majlis jamuan tetamu dan perwakilan pada Pemukiman Menteri-menteri ASEAN 2015 di Magellan Sutera Harbour Resort di Kota Kinabalu.
 
Katanya, Malaysia amat berbesar hati untuk menerajui ASEAN tahun ini dan sedar dengan cabaran-cabaran mendatang yang menyaksikan aspirasi penting ASEAN membuahkan hasil.
 
Datuk Seri Anifah berkata, 2015 akan menjadi tahun bersejarah dan amat bermakna kerana usaha integrasi serantau selama berdekad lama akhirnya akan sampai ke kemuncak dengan penubuhan Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun ini.
 
Selain menteri-menteri luar dan perwakilan dari negara-negara ASEAN, majlis itu turut dihadiri Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
 
Ends/Donny (Shon/Bern/cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s