28/01/205:Majlis Daerah Disaran Galas Amanah Dengan Penuh Komitmen

Setiap anggota Majlis daerah di negeri ini diingatkan supaya menggalas amanah dan tanggungjawab dengan penuh komitmen demi kesejahteraan rakyat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, ini kerana harapan masyarakat terhadap fungsi dan peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu amat tinggi.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah anggota Majlis Daerah Putatan di Kota Kinabalu.
Menurutnya, peranan PBT bukan setakat memberi perkhidmatan seperti pengurusan sisa pepejal, kebersihan awam dan keindahan bandar malah fungsinya meliputi pelaksanaan projek pembangunan dan kemudahan infrastruktur kepada masyarakat.
Sehubungan itu katanya, anggota PBT perlu proaktif dan bertindak secara strategik untuk mencapai kecemerlangan seperti yang diharapkan oleh rakyat.
Ends/Donny (Bern/Donny)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s