29/01/2015:395 Nelayan di Tawau dan Kalabakan Terima Elaun Sara Hidup

Seramai 395-nelayan dari kawasan Tawau dan Kalabakan menerima wang elaun sara hidup 200-ringgit seorang untuk bulan Januari tahun ini.

Ia disampaikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho pada majlis Pembayaran Wang Elaun Sara Hidup Secara Tunai, Persatuan Nelayan Kawasan Tawau di Tawau.

 

Datuk Muis dalam ucapannya berkata, selain bantuan berkenaan, kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta agensinya, sentiasa komited membantu golongan tersebut, khususnya golongan nelayan yang berdaftar dan berkelayakan.

 

Antara bantuan yang disediakan ialah bantuan minyak subsidi, bantuan bot serta peralatan menangkap ikan.Sehubungan itu, beliau berharap para nelayan akan memanfaatkan sebaiknya bantuan tersebut bagi mempertingkat ekonomi diri dan keluarga, selain memberi sokongan berterusan agar perancangan memajukan industry perikanan, dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

 

Ends/Bernama/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s