29/01/2015:Kerajaan Komited Tentukan Hala Tuju Pembangunan Sukan Di Sabah

Sebanyak enam anugerah disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan sempena Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) 2014 Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

 

Antaranya, Anugerah Persatuan Sukan kepada Persatuan Bola Keranjang Kota Kinabalu, Anugerah Pemimpin Wanita kepada Profesor Madya Helen Lasiba dan Anugerah Pemimpin Lelaki kepada Tan Hock Seng. 

 

Terdahulu berucap, Datuk Tawfiq berkata, kerajaan sentiasa komited dalam menentukan hala tuju pembangunan sukan berpotensi tinggi mahupun sukan untuk semua (Massa) di negeri ini.

 

Jelasnya, kementeriannya telah menyediakan ‘Blueprint’ Pembangunan Sukan 2015-2030 bertujuan meningkatkan taraf sukan Sabah.

 

Selain itu, kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia juga telah dan sedang melaksanakan pembinaan beberapa kemudahan sukan di negeri ini. Antaranya, kompleks sukan Beluran, Sandakan dan Nabawan.

 
 
Ends/Sahira/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s