29/01/2015:MPS Pastikan Persekitaran Lebih Kondusif Untuk Masyarakat

Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan terus memastikan masyarakat di daerah itu menikmati persekitaran lebih kondusif, mesra perniagaan dan mesra pelanggan melalui penambahbaikan sistem perkhidmatan teras MPS.

 

Presidennya, Datuk Insinyur James Wong berkata, ia akan dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa aspek termasuk pembangunan infrastruktur, penjagaan alam sekitar dan ekonomi masyarakat.

 

Justeru, beliau menggesa ahli majlis dan anggota MPS untuk lebih bertanggungjawab bagi memastikan perkhidmatan yang cekap, cepat, berintegriti selain mesra pelanggan.

 

Datuk James berucap pada Majlis Angkat Sumpah ahli MPS bagi sesi 2015-2016 di Sandakan. Turut hadir, Wakil Rakyat Elopura, Datuk Au Kam Wah.

 

Seramai 25-ahli majlis termasuk 5-muka baharu, Chong Thien Ming, Fakaruddin Ampong, Lim Kim Foh, Maidin Nordin dan Sharif Abdul Rahman Shariff Omang mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar di majlis berkenaan.

 

End/dman/saziri/COV/beta

 
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s