29/01/2015:Naiktaraf Sistem Amaran Awal Banjir Di Beaufort

Menaiktaraf Sistem Amaran Awal Banjir di Beaufort penting sebagai persediaan awal menghadapi bencana berkenaan di masa hadapan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Haji Ombi yang mencadangkan perkara itu menegaskan, sistem baharu berupaya menyampaikan maklumat terkini paras air Sungai Padas bagi memastikan usaha memindahkan penduduk dapat dilakukan segera.

Beliau memberitahu RTM selepas merasmikan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Gadong di Beaufort.

Sementara itu, Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman yang dihubungi RTM menyambut baik cadangan berkenaan.

Katanya, cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Bencana Alam Daerah yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga Pengerusi Bencana Alam Daerah memaklumkan,  usaha penaiktarafan itu wajar, memandangkan sistem amaran sedia ada telah mengalami kerosakan sejak 5 tahun lalu.

 
Ends/farizie/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s