02/02/2015:Jangan Terpengaruh Dengan Tindakan Mengelirukan Pihak Tidak Bertanggungjawab

Rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dengan tindakan mengelirukan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba meraih sokongan rakyat untuk membawa Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Ini ditegaskan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid ketika mengulas mengenai tangkapan 9 suspek termasuk tiga wanita berhubung pengedaran risalah menghasut orang ramai untuk keluarkan Sabah dari Malaysia di Tuaran, SEMALAM.

Datuk Jainab mahu pihak berkenaan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang melanggar akta hasutan itu.

Datuk Jainab berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kota Kinabalu.

Dalam perkembangan lain, Datuk Jainab turut memberi amaran kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati.

Malah, pengguna juga diminta membuat laporan berserta bukti jika mendapati harga barang dibayar lebih mahal dari harga yang dipamerkan. Ini berikutan terdapat aduan mengenai perkara tersebut.

Datuk Jainab juga meminta para peniaga tidak menggunakan perkataan ‘GST’ dalam resit pembelian sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan pada April depan, kerana ia menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

 
Ends/Juliana/RG/Cov/Any
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s