02/02/2015:Keretapi Tergelincir Dari Landasan Di Laluan Kampung Bandau Membakut

Tiada sebarang laporan kecederaan diterima dalam insiden keretapi tergelincir dari landasan yang berlaku awal pagi tadi di laluan Kampung Bandau Membakut.

Ketika kejadian, keretapi yang membawa 120 orang penumpang itu dalam perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu.

 

Penguasa Lalulintas Keretapi, Awang Zainuddin Awang Matusin ketika ditemui wartawan RTM di lokasi kejadian memberitahu, kesemua penumpang diturunkan dengan bantuan 4 kakitangan jabatan keretapi yang bertugas pada masa kejadian.

 

Kebanyakan penumpang terdiri daripada penumpang harian yang bertugas di sektor awam dan swasta.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Mustaffa Maarroff Mustaffa ketika dihubungi wartawan RTM memaklumkan, kejadian itu terjadi kerana landasan tidak diubah semula oleh kontraktor selepas menyimpan jengkaut yang digunakan dalam kerja-kerja membaikpulih landasan selepas berlaku kerosakan akibat banjir baru-baru ini.

 

Ends/oli/ag/cvr/Any

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s