02/02/2015:Lima Cedera Dalam Kejadian Struktur Bumbung Runtuh

Susulan kejadian struktur bumbung hadapan sebuah pusat beli-belah yang dalam pembinaan bersebelahan KK Times Square yang runtuh PAGI TADI.

 

Ketua Balai Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M.Chandra ketika dihubungi RTM memberitahu, menerusi siasatan polis di lokasi kejadian, pihaknya mendapati satu bumbung kaca yang masih dalam pembinaan dari tingkat tiga bangunan tersebut telah jatuh.

Bumbung itu teletak di hadapan pintu masuk utama bangunan Kompleks Beli-Belah berkenaan.

Lima mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan.

Empat mangsa di bawa ke Hospital Queen Elizabeth Satu dan seorang lagi dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Dua untuk menerima rawatan.

Lima mangsa yang cedera dikenali sebagai Abdul Yusof Sadisin 24 tahun, Taslim Lilin 26 tahun, Fitri Munir 18 tahun, Abdul Basir Haruddin 17 tahun dan Hervin Mursalin 18 tahun. 

Jelas ACP M.Chandra, siasatan awal polis juga mendapati punca kejadian dipercayai disebabkan tapak asas pembinaan bumbung kaca yang tidak kukuh serta tidak dapat menampung beban bumbung berkenaan. 

 

Ends/Farizie/Fup/Any

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s