03/02/2015:Geran Bernilai RM2.19 Juta Diserah Kepada 17 Persatuan Belia HARI INI

Kerajaan negeri HARI INI menyerahkan geran bernilai 2.19-juta ringgit kepada 17-persatuan belia yang tersenarai di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi tujuan pembangunan belia di negeri ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1.95-juta ringgit diperuntukkan kepada Majlis Belia Sabah (MBS) dan Ahli Gabungan MBS, manakala 240-ribu ringgit lagi diserahkan kepada Gabungan Persatuan Belia Bahagian (GPBB).

Berkata dalam majlis penyerahan tersebut di Kota Kinabalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mahu ia dimanfaatkan sebaik mungkin dan digunakan secara berhemah agar memberi impak baik dan berkesan kepada program persatuan. 

Beliau juga berharap program yang dilaksanakan melangkaui sempadan kaum, agama dan adat resam bagi memastikan penglibatan yang lebih ramai di kalangan generasi muda. 

Tahun ini disasarkan seribu 7-ratus program belia akan dilaksanakan di negeri ini.

 
Ends/Jane/JG/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s