5/2/2015: APMM Tambah aset di Sabah………..

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menambah enam lagi kapal untuk memperluas rondaan di kawasan perairan negeri ini termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sabah (APMM WilSab), Laksamana Pertama Maritim, Wan Mohd Affandi Wan Ahmad berkata setakat ini, APMM mempunyai lima kapal dan 10-bot yang digunakan bagi tujuan rondaan harian secara berterusan. Penambahan aset tersebut adalah perlu berdasarkan keluasan kawasan kawalan pihak APMM.
Laksamana Pertama Maritim, Wan Mohd Affandi ditemui Pemberita RTM selepas menjadi tetamu dalam Segmen Ekspresi terbitan SabahFM di Kompleks Bersepadu KKMM, Kota Kinabalu.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan tentang Sambutan Hari Terbuka Kapal Maritim sempena Hari Ulang Tahun APMM Ke-10 2015 yang akan diadakan di Sabah Port, Kota Kinabalu pada 14 Februari ini bermula 9-pagi hingga 5-petang.
Ends/alizaali/MFJA/Tam/Cov
..Don….
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s