5/2/2015: Dua beranak maut dalam nahas di KM103 Jalan Sandakan-Lahad Datu……….

Dua beranak maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori tangki minyak di Kilometer 103, Jalan Sandakan-Lahad Datu, PETANG KELMARIN.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat ketika dihubungi, berkata kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, Lim Gek Liang, 58-tahun, dan anak perempuannya, Lim Sar Yun, 19-tahun.
Dalam kejadian 5.05-petang itu, Lim memandu dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu dan sebaik tiba di kawasan Kampung Perpaduan, Kinabatangan, kenderaan yang dipandu Lim dipercayai masuk ke lorong kanan lalu bertembung dengan lori minyak dari arah bertentangan.
Sementara itu, menurut Pegawai Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Rosemidian Haji Majidi, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian pada 5.23-petang mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
Pemandu lori minyak itu yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dan dirawat di Hospital Kinabatangan, manakala mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.
Ends/alizaali/Rowena/St/Bernama.
..Don…
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s