5/2/2015: Pekebun Kecil Getah disaran mendaftar dengan LIGS……….

Semua pekebun kecil getah di negeri ini disaran untuk mendaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Selain membolehkan mereka mendapat bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG), pendaftaran itu juga melayakkan pekebun kecil getah berdaftar, mendapat kad Permit Authoriti Transaksi Getah.
Menurut Pengurus Pembelian Getah, Mohd Redzuan Haji Awang, kad permit tersebut merekodkan setiap data pekebun kecil, sekaligus memudahkan penyaluran subsidi kepada golongan berkenaan.
Dalam temubual khas di Kota Kinabalu, jelasnya kaedah pengaktifan IPG adalah berdasarkan penurunan purata bulanan harga getah untuk melayakkan insentif tersebut dibayar kepada pekebun kecil pada bulan seterusnya. Pembayaran kadar insentif juga berbeza mengikut gred getah iaitu latex, kepingan gred 1 dan 2 serta kentalan gred 1 dan 2.
Antara kelayakan untuk mendapat insentif tersebut adalah warganegara Malaysia yang berdaftar dengan LIGS, mempunyai kawasan getah yang bertanam di bawah seratus ekar dan menjalankan aktiviti penjualan getah.
Ends/alizaali/Shon/FA/Cov
..Don….
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s