5/2/2015: Perkembangan perbicaraan insiden pencerobohan di Lahad Datu….

Perkembangan perbicaraan kes 30 individu berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu pada awal tahun 2013.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Hari Ini memanggil semula saksi ke-68, Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Lahad Datu, Inspektor Abdul Mutalib Abdul Harun bagi mengenalpasti barangan yang ditemui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi pembersihan di kawasan larangan kampung Tanduo.
Antara barangan yang dikenalpasti adalah sehelai T-Shirt hitam, beg galas berwarna hijau berjenama ‘Golden Cat’, satu sarung pistol,satu kelopak pistol,5-helai bendera kecil Sulu berwarna hijau, putih dan kuning yang berlambang pedang.
Inspektor Abdul Mutalib turut mengenalpasti beberapa barangan peribadi selain 5-kad pengenalan Filipina dan beberapa dokumen yang antaranya adalah borang Permit To Operate dan sehelai surat kebenaran untuk menetap di Pulau Danawan.
Beliau memberitahu bahawa barangan tersebut dimasukkan ke dalam paket plastik atas arahan Inspektor Faiz dan paket tersebut turut ditanda dan ditandatangan kecuali sarung pistol dan kelopak pistol.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung berlangsung di Kompleks Penjara Sabah.
Ends/Jane/AJ/cov/artika
..Don…
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s