06/02/2015:KPI Sasar Bina 11 Buah Flyover Di Bandaraya Kota Kinabalu

Kementerian Pembangunan Infrastruktur menyasarkan pembinan 11-buah persimpangan bertingkat “flyover” di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas seterusnya memberi keselesaan kepada masyarakat dan pengguna.

Daripada jumlah itu, dua projek telah diluluskan pembinaannya iaitu di Jalan Lintas-Jalan Kolam dan Jalan Lintas-Jalan Tuaran Batu 5 Setengah membabitkan peruntukan 217.9-juta ringgit.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandaraya Kota Kinabalu dapat dikurangkan.

Tan Sri Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur ditemui media selepas Taklimat serta penyempurnaan upacara pecah Tanah projek di Jalan Lintas-Jalan Kolam, Kota Kinabalu. 

Bagi merealisasikan pembinaan Sembilan lagi persimpangan bertingkat di bandaraya Kota Kinabalu, peruntukan dianggarkan berjumlah 980-juta ringgit diperlukan.

Sementara itu, menyentuh lanjut mengenai projek persimpangan bertingkat Jalan Lintas-Jalan Kolam dan Jalan Lintas-Jalan Tuaran Batu 5 

Setengah, Tan Sri Pairin berkata pembinaan telah bermula Januari lalu dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2017.

Pembinaan Jalan Lintas-Jalan Kolam membabitkan tiga lorong dua hala sepanjang 686-meter manakala, Jalan lintas-Jalan Tuaran Batu 5 Setengah membabitkan pembinaan tiga lorong dua hala sepanjang 556-meter.

Projek itu turut melibatkan pembinaan lorong ketiga di Jalan Lintas dan pembinaan beberapa jambatan baru serta naiktaraf persimpangan jalan.

 

Donny/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s