06/02/2015:Tunjuk Contoh Dan Teladan Yang Baik

Pengetua dan Guru Besar perlu menjadi contoh dan teladan baik dalam usaha membentuk disiplin para guru.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, tingkah laku pengetua dan guru besar boleh dijadikan ikutan guru-guru lain untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Beliau berucap semasa Majlis Bersama Pemimpin sempena Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (N.P.Q.E.L) di Institut Pendidikan Guru Kent Tuaran.

Dalam sidang media selepas itu, Datuk Mary menyatakan, pelaksanaan NPQEL amat relevan dan banyak memberi faedah kepada bakal pengetua dan guru besar terutama dalam aspek pengurusan dan kepimpinan.

NPQEL dilaksanakan secara bersemuka selama 42-hari melibatkan 3-fasa bagi tujuan penganugerahan sijil serta diploma NPQEL sebagai pra-syarat kenaikan ke jawatan pengetua atau guru besar.

Di Sabah, NPQEL mula dilaksanakan pada tahun 2013 dan telah memberi manfaat kepada 219-bakal pengetua dan guru besar.

 
Ends/sahira/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s