09/02/2015:560 PATI Ditahan Reman Sejak Operasi Bersepadu MKN Sabah

560 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan reman sejak operasi bersepadu Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dilancarkan Januari lepas. Mereka ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1334 orang yang disyaki pendatang asing.

Operasi tersebut dijalankan di lima daerah iaitu Sipitang, Beaufort, Tuaran, Kota Belud dan terbaharu di Sandakan apabila 203 daripada 481 PATI yang diperiksa, ditahan reman dan disiasat dibawah Akta dan Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 (pindaan 2002).

Dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, Setiausaha Keselamatan Negeri MKN Sabah Rodzi Md Saad berkata, dalam tempoh sama, seramai 1987 PATI telah diusir ke negara asal masing-masing yang terdiri daripada 1605 warga Filipina dan 383 warga Indonesia.

Sementara itu, jumlah tahanan yang masih berada di tiga Pusat Tahanan sementara (PTS) Papar, Sandakan dan Tawau ialah 4318 orang.

Rtka/Rtka (salma/stat)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s