09/02/2015:Beri Kerjasama Kepada ESSCOM

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman meminta rakyat di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) agar memberi kerjasama padu kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam membenteras anasir yang mengganggu-gugat keselamatan Negara.

Katanya, keselamatan merupakan tanggungjawab bersama dan tidak hanya dipikul pasukan keselamatan.

Justeru, rakyat berperanan penting sebagai mata dan telinga ESSCOM yang menyelaras pelbagai agensi pertahanan bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negeri ini.

Beliau menegaskan perkara itu pada Program Pemimpin Bersama Rakyat Zon Sungai Batang di SK Sibugal Besar Sandakan.

Dalam pada itu, Datuk Musa meminta wakil rakyat kerap turun padang bagi menunaikan amanah mereka di kawasan masing-masing.

Katanya, aktiviti turun padang mampu merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan seseorang pemimpin.

 
amran/roslia/cov/Juliana
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s