09/02/2015:FAMA Beri Peluang OKU Jadi Usahawan

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan akan diberi peluang menjadi usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membantu mereka meningkatkan pendapatan.

Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, bagi tujuan itu, FAMA akan menyediakan tapak berniaga di 577 pasar tani sedia ada yang beroperasi di seluruh negara kepada golongan berkenaan untuk memulakan perniagaan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Mini Karnival-Menerokai Keusahawanan Pemerkasaan Kehidupan anjuran Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia (PERKUM) dengan kerjasama FAMA di Ibu Negara.

Tan Sri Badruddin berkata, sebagai permulaan, FAMA akan memberi khemah gerai secara percuma dan tidak akan mengenakan sebarang caj sewaan tapak kepada golongan berkenaan untuk berniaga di pasar tani.

Selain itu, FAMA akan mengadakan kelas latihan usahawan kepada golongan berkenaan bagi membantu mereka berjaya dalam bidang itu.

Jelasnya, OKU berkenaan perlu menjadi anggota PERKUM dan mendaftar sebagai usahawan FAMA terlebih dahulu bagi membolehkan mereka mendapat tempat menjalankan perniagaan di tapak pasar tani.

 
Juliana/Bernama
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s