09/02/2015:JKDM Ramoas 1448 Kotak Bunga Api Di Tawau

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas sebanyak  seribu 448 kotak bunga api bernilai 162 ribu 945 ringgit di sebuah gudang di Jalan Ranggu Batu 8, Tawau.

Dalam sidang media di Tawau, Timbalan pengarahnya Yunos Tahir berkata bertindak hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan anggota bahagian penguatkuasaan telah menyerbu gudang berkenaan pada 4 petang, Rabu lepas.

Hasil pemeriksaan, terdapat kotak-kotak bunga api disimpan di dalam gudang berkenaan yang dipercayai untuk pasaran tempatan dan dijual sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Walaupun tidak ada sebarang tangkapan dibuat ketika serbuan itu, namun pihak Kastam telah mengenal pasti pemilik tanah dan gudang berkenaan.

Yunus berharap orang ramai dapat terus memberi maklumat kepada Kastam sekiranya mengetahui mana-mana individu atau syarikat yang menyimpan atau memiliki bunga api dan mercun.

Rtka/Rtka (surydah/cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s