09/02/2015:Kerajaan Tubuh SAPADU Untuk Percepat Projek Naiktaraf Bekalan Elektrik Di Sabah

Kerajaan menubuhkan Unit Penyampaian dan Perancangan Projek Khas Sabah (SAPADU) bagi mempercepat pelaksanaan projek menaik taraf bekalan elektrik di negeri ini.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Mahdzir Khalid, unit khas itu ditubuhkan bagi mempercepat pelaksanaan 81 projek khas menaik taraf bekalan elektrik di Sabah yang menggunakan geran kerajaan Persekutuan.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Pasukan Kerja Perancangan dan Pemantauan Pelaksanaan Projek-Projek Pembekal Elektrik Sabah (PPPES) di Sandakan.

Penubuhan SAPADU kini pada peringkat fasa pertama dan akan dianggotai pegawai secara pinjaman dari Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta pegawai dari agensi kerajaan negeri iaitu Jabatan Tanah dan Ukur Sabah dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Melalui SAPADU, pelaksanaan projek khas menaik taraf bekalan elektrik di negeri yang berhadapan masalah seperti tapak tanah atau jalan raya dapat diatasi dengan segera.

Rtka/Rtka (artika/bern)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s