09/02/2015:KETTHA Ambil Langkah Proaktif Hasilkan Tenaga Daripada Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengambil pelbagai langkah proaktif untuk meningkatkan penghasilan tenaga daripada sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, perluasan mekanisme Tarif Galakan ke Sabah tahun lalu adalah antara langkah yang diambil bagi menarik pihak swasta berkecimpung dalam industri tenaga boleh diperbaharui.

Menurutnya, mekanisme itu mampu menarik lebih ramai pelabur. Dianggarkan jumlah pelaburan dalam industri tenaga boleh diperbaharui itu, sehingga separuh pertama tahun 2017, bernilai 7 bilion ringgit dengan 19-ribu 254 peluang pekerjaan.

Beliau berucap demikian dalam majlis perasmian loji janakuasa solar PV Cahaya Metro di Bongawan.

Sehubungan itu, Datuk Maximus berkata, kementerian dan Lembaga  Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia akan menumpukan pembangunan industri penjanaan sumber biomas, khususnya sisa kilang kelapa sawit.

Ini kerana Sabah merupakan pengeluar terbesar minyak mentah kelapa sawit dengan anggaran keluasan ladang kelapa sawit kira-kira 1.48 juta hektar.

Oleh itu, Sabah mempunyai potensi besar bagi penjanaan tenaga elektrik daripada biomass terutama di kawasan timur.

 
Juliana/Bernama
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s