09/02/2015:KPDNKK Kompaun 12 Premis Di Kudat

Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) cawangan Kudat mengenakan kompaun terhadap 12 premis perniagaan selepas didapati melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.

12 premis tersebut dikenakan kompaun berjumlah seribu 500 ringgit.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNKK Cawangan Kudat Nurinah Endem berkata premis yang dikompaun itu merupakan antara dua ribu 480 premis yang diperiksa di daerah itu sejak pelancaran Ops Catut pada 15 Januari lepas.

Menurut Nurinah tindakan tegas terhadap  peniaga berkenaan bukan bertujuan membebankan sebaliknya mendidik mereka agar lebih beretika dan mematuhi undang-undang.

Katanya, pengguna juga perlu menyedari hak mereka dan memberi kerjasama kepada KPDNKK dengan menyalurkan aduan melalui talian 1-800-886-800 atau laman sesawang  http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau hadir terus ke pejabat KPDNKK berdekatan untuk membuat aduan.

 
Rtka/Rtka (salma/bern)
sheryl
 
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s