09/02/2015:MBS Akan Bentuk Majlis Belia Daerah

Majlis Belia Sabah (MBS) akan membentuk Majlis Belia Daerah yang melibatkan 26 daerah di negeri ini bermula di Sandakan, Tawau dan Pedalaman Atas.

Presidennya Nourman Rayn Ag. Zaini berkata Majlis Belia Daerah itu bagi mengarusperdanakan lebih ramai belia di luar bandar seterusnya memanfaatkan potensi diri mereka dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran menerusi program yang disediakan.
Ketika dihubungi Bernama di Kota Kinabalu, Nourman Rayn yang baru menggalas tanggungjawab sebagai presiden MBS bagi penggal 2014-2016 berkata inisiatif seperti ini penting agar agenda untuk membentuk belia Sabah yang berwibawa dapat diteruskan.
MBS juga merancang mewujudkan galeri khusus bagi mendokumentasikan pencapaian dan pengiktirafan terbaik golongan belia di negeri ini dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi.
Rtka/Rtka (artika/bern)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s