09/02/2015:Penahanan Individu Berhubung Pengedaran Risalah SSKM Adalah Wajar

Tindakan pihak Polis menahan beberapa   individu  berhubung pengedaran risalah menghasut orang ramai agar Sabah Sarawak keluar Malaysia (SSKM) baru-baru ini adalah satu tindakan tepat dan mengikut undang-undang.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, perbuatan itu yang boleh dianggap sebagai pengkhianat negara perlu dipandang serius semua pihak kerana boleh mengugat keamanan dan perpaduan sedia ada yang dinikmati selama ini.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat para peniaga di Pekan Keningau menjelang perayaan Tahun Baru Cina.
Mengenai lawatan itu, Tan Sri Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau menyatakan, perjumpaan secara bersemuka dengan para peniaga itu membolehkan pihaknya mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dihadapi para peniaga tempatan di daerah berkenaan.
Rtka/Rtka (Loy/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s