10/02/2015:Belia Disaran Cipta Peluang Baharu Dalam Pelbagai Sektor Dan Perniagaan

Belia di Sabah disaran bijak mencipta peluang baharu dalam pelbagai sektor dan perniagaan dan tidak hanya bergantung kepada hasil komoditi negeri semata-mata.

Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, saranan itu seiring dengan hala tuju kerajaan negeri, sekaligus membantu mengukuhkan ekonomi dan sumber mampan di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan bersedia membantu para belia yang serius memajukan diri dan berusaha mengembangkan ekonomi negeri ini dan juga Negara.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Taklimat dan Dialog Bersama Usahawan Muda negeri anjuran Pemuda Barisan Nasional Sabah dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Datuk Raymond menyeru pekerja dan majikan untuk bersama-sama meningkatkan produktiviti kerja dalam mendapatkan input perniagaan yang lebih baik dan seterusnya membolehkan gaji minimum dinaikkan.

Ends/Ber/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s