10/02/2015:KYS Diyakini Mampu Laksana Peranan Dan Tanggungjawabnya

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yakin, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju dan berupaya melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya melalui usaha dan fokus penambahbaikan berterusan organisasi itu.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, penambahbaikan yang dilakukan melalui ‘Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah’ itu perlu mendapat sokongan penuh warganya bagi memastikan kejayaannya.

Datuk Musa berucap pada majlis makan malam Kumpulan Yayasan Sabah di Kota Kinabalu. Turut hadir, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad.

Menurutnya, Kumpulan Yayasan Sabah telah berkembang dengan cemerlang sejak penubuhannya atas komitmen, keberanian dan sikap berpandangan jauh pemimpin terdahulu.

Tambahnya, adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan sekarang meneruskan perjuangan untuk menjadikan organisasi itu lebih gemilang pada masa akan datang.

   
Ends/Ber/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s