10/02/2015:Sebanyak 15,388 Rumah Mampu Milik Akan Dibina Di Sabah Tahun Ini

Sebanyak 15-ribu 388-unit rumah mampu milik akan dibina di negeri ini, tahun ini. Ia termasuk 10-ribu unit yang akan diagihkan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA).

Menurut Presiden SHAREDA, Datuk Francis Goh, skim perumahan mampu milik dengan kos 4-billion ringgit itu melibatkan 7-agensi perumahan antaranya 1Prima Berhad, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan Superpanel Sdn Bhd.

Antara lokasi yang terlibat ialah Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Kota Marudu, Lahad Datu dan Beaufort.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media Laporan Tahunan Pembangunan Hartanah 2014 dan Tinjauan Pasaran 2015 di Kota Kinabalu.

Terdahulu ketika membentangkan laporan berkenaan, Datuk Francis berkata, antara faktor penurunan pelancaran hartanah tahun lepas ialah persediaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), inflasi dan kelewatan kelulusan projek perumahan daripada pihak berkuasa.

 
Ends/Shon/FA/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s