11/02/2015:Lagi Perkembangan Perbicaraan Pengganas

Mahkamah tinggi Kota Kinabalu hari ini diberitahu, isteri Datu Amir
Bahar, iaitu Gina Teres tidak pernah menghubungi ahli keluarga dan dua
anak lelakinya di Filipina sejak dilepaskan daripada tahanan polis 2
tahun lepas.
Demikian penjelasan Saksi Ke-69, Pegawai Pengiring dan Keselamatan
Yang di-Pertuan Agong, Pemangku ASP Mohammad Khairani Khalid.
Katanya, Gina Teres dilepaskan daripada tahanan selepas didapati
tidak melakukan apa-apa kesalahan.
ASP Mohammad Khairani berkata, Gina Teres ditahan bersama-sama Datu
Amir bahar dalam satu operasi di Kampung Sri Melur, Bugaya Semporna
pada 23 mac 2013 ketika operasi pengawasan dan pemerhatian ke atas
sebuah rumah yang dipercayai didiami suspek berhubung insiden
pencerobohan di Lahad Datu.
Terdahulu, ASP Mohammad Khairani diminta oleh Peguambela Datuk N.
Sivanathan untuk mengenalpasti gambar Gina Teres serta sijil
perkahwinan Datu Amir Bahar dan Gina Teres.
Perbicaraan dilakukan di hadapan Hakim Stephen Chung.

Mun/cov/Juliana

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s