11/02/2015:Pemetaan Perlu Dilakukan Segera

Pemetaan bagi kawasan berisiko banjir dan kebakaran di negeri ini
perlu dilakukan segera.
Langkah itu bukan sahaja dapat membantu pihak berkaitan
mengenalpasti penduduk yang dijangka terjejas, malah memudahkan
tindakan susulan dibuat dalam usaha menangani kejadian bencana alam.
Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah,
Datuk Jainab Haji Ahmad Ayid, usaha itu antara perancangan awal dalam
menjaga kebajikan masyarakat terlibat bencana.
Datuk Jainab ditemui selepas merasmikan Persidangan Jabatan
Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah 2015 di Kota Kinabalu.
Terdahulu Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Ithong
Terang turut menyatakan beberapa teras strategik dalam mencapai
halatuju kebajikan.
Ini termasuk meningkatkan kesejahteraan dan perlindungan tanah-tanah,
mengintegrasikan golongan Orang Kurang Upaya dalam masyarakat,
mengupayakan warga emas serta memperkasakan komuniti ke arah
peningkatan sosio-ekonomi.

Shon/AG/Cov/Juliana

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s