12/02/2015:Hapuskan Amalan Birokrasi

Semua Ahli Majlis Daerah di negeri ini diminta menjalankan peranan dalam menghapuskan amalan birokrasi serta mewujudkan persekitaran dan budaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berintegriti, cepat dan tepat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Haji Hajiji Mohd Noor berkata, ini penting bagi mewujudkan prosedur kerja yang telus dan jelas serta mengikut standard yang ditetapkan.

Sehubungan itu, beliau mahu Ahli Majlis yang dilantik memahami tanggungjawab dan mendengar pandangan serta teguran masyarakat bagi memastikan perkhidmatan memenuhi ekspektasi rakyat.

Ucapan Datuk Hajiji disampaikan Timbalannya, Datuk Haji Zakaria Haji Edris dalam Majlis Angkat Sumpah 19-Ahli Majlis Daerah Penampang bagi sesi 2015/ 2016 di Kepayan.

Beliau turut meminta setiap ahli majlis supaya sentiasa turun padang serta peka terhadap isu yang dibangkitkan masyarakat bagi memudahkan mereka melaksanakan tindakan susulan.

Ends/salma/sha/cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s