12/02/2015:Pembinaan Pejabat Baharu Lancarkan Sebarang Urusan Berkaitan KASTAM

Pembinaan pejabat baharu Jabatan Kastam Sabah dengan kos 61-juta ringgit di tapak bersebelahan Mini Putrajaya, Kota Kinabalu dapat melancarkan sebarang urusan berkaitan kastam selain memberi keselesaan kepada pegawai dan masyarakat umum yang berurusan.

Ketua Pengarahnya, Dato’ Seri Khazali Ahmad berkata premis baharu lapan tingkat itu akan menempatkan keseluruhan pejabat kastam  yang terdapat di Kota Kinabalu kecuali pejabat penguatkuasaan bersebelahan Jesselton Point yang masih dikekalkan. Ia dijangka siap sepenuhnya pada April 2017.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah premis berkenaan di Kota Kinabalu.

Dalam perkembangan lain, pihak kastam turut membelanjakan 54 juta ringgit untuk pembinaan perumahan kastam di Sepanggar. Ia melibatkan lebih 120-unit rumah baharu pelbagai kategori yang dijangka siap tahun depan.

Ends/Shon/DD/Cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s