12/02/2015:Perbuatan Tidak Bertanggungjawab

Imej yang tersiar baru-baru ini mengenai sekumpulan pemburu bersenjata bergambar bersama bangkai dua ekor banteng (Bos Javanicus) dan pelbagai mamalia besar lain, menunjukkan betapa seriusnya perbuatan tidak bertanggungjawab pemburu haram yang boleh melenyapkan kewujudan hidupan liar unik di Sabah.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Datuk Sam Mannan berkata, ‘Banteng Borneo’, juga dikenali tembadau atau sapi hutan dan merupakan spesis kerbau liar yang sukar ditemukan, hanya hidup di kawasan terpencil dan berhutan tebal di Borneo.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Ibu Negeri.

Menurut Datuk Sam Mannan, Pusat Lapangan Danau Girang, menerusi kerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah, menjalankan kajian jangka panjang tentang haiwam itu sejak lima tahun lepas dengan dibiayai sebahagian besarnya oleh Sime Darby, Houstan Zoo dan Majlis Minyak Sawit Malaysia.

Banteng hanya terdapat di Pulau Borneo dan merupakan antara spesis paling sukar dijumpai, diikuti badan Sumatra, yang kini diancam kepupusan. Kini, jumlah Banteng Borneo yang tinggal hanyalah beberapa ratus sahaja.

Maria (Maria/Brna)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s