12/02/2015:Perlu Dipercepatkan Untuk kepentingan Penduduk

Rancangan Tebatan Banjir Sungai Gum-Gum dan Sungai Memanjang di Sandakan perlu dipercepatkan demi kepentingan penduduk yang sering terjejas banjir.

Demikian gesaan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gum-Gum, Datuk Haji Zakaria Haji Edris.

Katanya, Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Gum-Gum sedia memberi kerjasama kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Perbandaran Sandakan dalam melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir itu.

Beliau berkata demikian dalam lawatan dan majlis taklimat berhubung perancangan dan langkah Rancangan Tebatan Banjir di Sandakan.

Lawatan pegawai UPPM Gum Gum dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat berkenaan bertujuan mencari penyelesaian terhadap masalah banjir di Kampung Gum Gum dan Kampung Sungai Memanjang.

Sementara itu, Jurutera Daerah Sandakan, Insenyur Chung Chan Ngee memberitahu, permohonan peruntukan bagi melaksanakan projek itu telah pun dikemukakkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Maria (Diman/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s