12/02/2015:Purata Kadar Tarif Elektrik Turun Bermula Mac

Purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20 sen kilowatt sejam berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015. 

Ia melibatkan penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa.

Perkara itu diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Putrajaya.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penurunan kos bahan api global.

Katanya, keputusan itu akan melibatkan semua pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kilowatt sejam sebulan dan pengguna dalam kategori lain seperti komersil dan industry.

Datuk Maximus menjelaskan, pengurangan tarif itu bermakna Kerajaan Persekutuan terpaksa mengekalkan anggaran subsidi bahan api sebanyak 260 juta ringgit setahun. 

Selain daripada subsidi bahan api, Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak 2.3 bilion ringgit dalam bentuk geran untuk membangunkan 81 projek infrastruktur elektrik di Sabah bagi tempoh 2015 hingga 2020. 

Ia termasuk projek-projek untuk mengurangkan kekerapan gangguan bekalan elektrik di seluruh negeri.

 
Maria (Juliana/Stat)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s