13/02/2015:Malam Gema Selawat Akan Diperluas Ke Seluruh Negeri

Penganjuran Majlis Malam Gema Selawat akan diperluas ke seluruh negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif berkata program dakwah yang berupaya memupuk cinta terhadap Rasulullah itu semakin mendapat sambutan golongan muda.        Sehubungan itu, penganjurannya akan diteruskan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerjaan (NGO) Islam serta agensi-agensi berkaitan.

Datuk Arifin ditemui Pemberita RTM dalam Majlis Malam Gema Selawat 2015 anjuran MUIS dan PBNS dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Nurul
Musthofa dan SR Event Sdn. Bhd. di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota
Kinabalu.

Beliau berharap perluasan program itu sebagai Jelajah Dakwah
Berselawat ke daerah-daerah lain berupaya menjadi wasilah bagi
generasi muda mengenali Nabi Muhammad secara lebih dekat, seterusnya
mengamalkan ciri-ciri keteladanan baginda.

Dalam majlis itu, hadirin berpeluang mendengar ceramah yang
disampaikan Pemimpin Majlis Ta’alim Sawa’assabil, Habib Najmuddin
Othman Al-Khered. Majlis turut diserikan dengan Qasidah pimpinan
AlMawlid.

Ends/alizaali/MFJA/AG/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s