13/02/2015:Mayat Awak-Awak Bot Nelayan Warga Indonesia Ditemui

Mayat seorang awak-awak bot nelayan warga Indonesia yang dilaporkan
hilang Selasa lepas, ditemui terapung di kawasan perairan Kampung
Tanjung Batu dekat Sandakan, SEMALAM.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali
berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Ramli berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemui penduduk kampung pada 1.47-minit tengah hari SEMALAM.

Superintendan Fadzil yang dihubungi pemberita berkata mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Mangsa dipercayai terjatuh ke laut dari sebuah bot nelayan ketika dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Tanjung Sugut Beluran.

Tekong bot hanya menyedari kehilangan mangsa ketika berada di perairan berhampiran Pulau Nunuyan Laut.

Ends/alizaali/Bernama.

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s