16/02/2015:Aplikasi S-O-S Akan Dibekalkan Kepada KRT di Sabah

Aplikasi ‘Save Our Society (S-O-S)’ akan dibekalkan kepada Kelab Rukun Tetangga (KRT) negeri ini bagi membolehkan KRT bertindak sebagai mata dan telinga polis dalam memerangi jenayah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata, buat permulaan aplikasi itu akan digunapakai KRT di kawasan yang mempunyai kadar indeks jenayah yang tinggi.

KRT berkenaan ialah KRT Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang dan Tawau. Aplikasi tersebut akan diperkenal kepada ahli KRT pada awal Mac ini.

Beliau ditemui media di Kota Kinabalu.

Datuk Jainab yang juga Exco Perpaduan negeri berkata, aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma itu berupaya menyalurkan maklumat dengan cepat kepada pihak polis supaya tindakan pantas dan bantuan sampai kepada mangsa.

Dengan hanya menyentuh ikon ‘S-O-S’ pada telefon pintar, isyarat akan dihantar kepada Balai Polis berhampiran dalam radius 5 kilometer, selain dihantar kepada semua pengguna aplikasi itu.

Datuk Jainab yakin, aplikasi itu mampu memperkasakan lagi peranan KRT dalam memastikan keselamatan penduduk dan meningkatkan aksesibiliti penduduk sekitar yang berada dalam kecemasan.

 
Maria (Jane/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s