16/02/2015:CAPS Akan Pergiat Program Kesedaran Kepenggunaan

Persatuan Hal Ehwal Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) akan mempergiat program kesedaran dan pendidikan kepenggunaan di peringkat kawasan Parlimen seluruh Sabah, tahun ini.

Presidennya, James Bagah berkata, inisiatif itu antara lain bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepenggunaan, selain meningkatkan tahap kesedaran pengguna memandangkan ia masih lemah terutama dalam aspek mempertahankan hak pengguna.

Ini termasuk hak mendapatkan keperluan asas, keselamatan, maklumat, pilihan, ganti rugi, pendidikan kepenggunaan, alam sekitar yang sihat dan hak menyuarakan pendapat.

Beliau berkata demikian di Kota Kinabalu.

Menurut James, program pertama akan diadakan pada Mac ini di Kota Belud, yang turut melibatkan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri.

Tegasnya, pengguna berhak dilindungi dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan menggunakan barangan dan perkhidmatan, namun matlamat atau gerakan melindungi itu sukar dicapai jika mereka kurang peka dalam mempertahankan hak sebagai pengguna.

Justeru, beliau menggesa pengguna di Sabah supaya sentiasa bijak dalam membuat pilihan dan menguruskan kewangan harian mereka, lebih-lebih lagi dalam keadaan harga barangan yang semakin meningkat.

Maria (Maria/Brna)

sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s