16/02/2015:ESSCOM Tahan 9 Lelaki Warga Pakistan

Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan sembilan lelaki warga Pakistan, dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan sah di Kampung Air Hujung, Semporna, Jumaat lepas.

Mereka diberkas dalam satu operasi khas. Menurut Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Semporna sebelum dihantar ke Jabatan Imigresen dan hasil siasatan mendapati, tujuh daripada mereka mempunyai masalah dokumen perjalanan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Semporna.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Semporna, Habib Mohd Rafiee yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, tujuh warga Pakistan itu berumur antara 23 dan 41 tahun.

Menurutnya, lima daripada mereka didapati tinggal lebih masa di Sabah, manakala dua yang lain masing-masing ditahan kerana tidak memiliki pas atau menyalahunakan Pas Lawatan Sosial (PLS).

Jabatan Imigresen akan merujuk perkara berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara sebelum mengambil tindakan selanjutnya, termasuk menghantar pulang warga Pakistan itu ke negara asal mereka.

 

Maria (Maria/Brna)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s