16/02/2015:Jangan Sewakan Rumah PPRT

Polis Tawau meminta pemilik unit rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tidak menyewakan unit rumah mereka kepada orang lain, terutama pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Daerah Tawau, Acp Awang Besar Dullah berkata, kerajaan mewujudkan rumah PPRT adalah khusus untuk warganegara yang layak dan kemudahan memiliki rumah itu seharusnya tidak disalahgunakan.

Tindakan tersebut, katanya, memberi peluang dan ruang kepada PATI untuk terus berada di negeri ini.

Beliau berucap pada Program Pencegahan Jenayah Bersama Warga Taman Sri Apas Batu 8, Jalan Apas, Tawau.

Menurut Acp Awang, penganjuran program itu antara lain untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak polis dan masyarakat setempat bagi membentuk kerjasama lebih baik pada masa depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Skim Rondaan Sukarela (SRS) menerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diwujudkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) banyak membantu tugas polis dalam melakukan rondaan, terutama dalam menangani kejadian jenayah di kawasan taman perumahan.

Maria (Maria/Brna)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s