16/02/2015:Perkukuh Solidariti Nasional Untuk Kekalkan Keharmonian

Warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (J-P-N-I-N) diminta mempergiat usaha memperkukuh solidariti nasional agar keharmonian yang dinikmati hari ini terus terpelihara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, agenda perpaduan nasional perlu terus subur dan menjadi dasar serta asas kepada pembangunan negara.

Beliau berucap ketika menyampaikan amanat tahun baharu semasa Perhimpunan Semarak Padu JPNIN Sabah di Kota Kinabalu.

Menurut Tan Sri Joseph Kurup, jentera-jentera di bawah JPNIN seperti Jawatankuasa Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela (SRS), Penggerak Perpaduan Masyarakat dan Majlis Konsultatif Perpadian Nasional (MKPN) akan digerak secara menyeluruh di seluruh negara.

Ia bagi melaksana program dan aktiviti serta menyebarluas perpaduan dalam kalangan masyarakat, sekaligus memantapkan solidariti nasional.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan kempen Zon Bebas Jenayah menggunakan aplikasi ‘Save Our Society (S-O-S)’ telefon pintar dan 21 Kelab Rukun Tetangga (KRT) baharu di negeri ini. Setakat ini, terdapat 903 KRT di seluruh Sabah.

 

Maria (Jane/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s