25/02/2015:Jamin Keharmonian Dan Perpaduan

Sikap hormat menghormati dan toleransi yang tinggi perlu ada dalam diri setiap anggota masyarakat bagi menjamin keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, sikap positif itu bukan sahaja memberi kebaikan kepada semua, malah turut menyumbang kepada kestabilan politik, sekaligus kemakmuran Negara.

Beliau ditemui media selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Parti Gerakan Sabah di Kota Kinabalu.

Seramai 19 kanak-kanak penghidap Talasemia diraikan pada majlis itu. Ia sebagai simbol kepada ulang tahun ke-19 penubuhan Parti Gerakan di Sabah.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan beberapa menteri kabinet lain.

 
Maria (Azwaani/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s