25/02/2015:LIGS Tetap Teruskan Aktiviti Penanaman Getah

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) akan tetap meneruskan aktiviti penanaman getah walaupun pasaran getah jatuh merundum berikutan kelembapan ekonomi dunia.

Pengerusinya, Datuk Haji Ahmad Bujang berkata, walaupun harga komoditi berkenaan menurun, namun pihaknya akan tetap meneruskan penanaman semula getah di tanah seluas 3-ribu hektar di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita RTM di Sipitang. Menurutnya, situasi pasaran semasa sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan para pekebun kecil getah di negeri ini.

Sehubungan itu, kerajaan menerusi LIGS akan menyalurkan bantuan berbentuk insentif bagi meringankan beban mereka.

 

Maria (Munirah/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s