25/02/2015:Rangka Pelan Strategik Jangka Panjang

Ahli-ahli Majlis Daerah Sipitang disaran merangka pelan strategik jangka masa panjang untuk memastikan hala tuju pembangunan di daerah itu maju, seiring dengan perkembangan semasa.

Menurut Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, ahli Majlis Daerah merupakan penggerak utama pembangunan daerah, termasuk memastikan empat perkara iaitu kebersihan, keceriaan, keselamatan dan keindahan Sipitang ditingkatkan.

Ia bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam dan luar berkunjung ke daerah tersebut.

Datuk Sapawi berkata demikian selepas menyaksikan majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Sipitang di Sipitang.

Seramai 18 ahli majlis Daerah Sipitang bagi sesi 2015-2016 mengangkat sumpah pada majlis itu.

Dalam perkembangan lain, Datuk Sapawi menjelaskan, jiwa kosong dan tiada panduan dalam hidup, antara punca golongan muda mudah terpengaruh dengan aktiviti kumpulan pelampau.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa agar memberi pendidikan agama yang betul, di samping menerapkan kesederhanaan dalam kehidupan harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penahanan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang dipercayai mahu menyertai kumpulan pelampau di Syria.

Pelajar terbabit ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selasa lalu.

 

Maria (Munirah/Cov)

sheryl

 
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s