25/02/2015:Tidak Timbul Isu Perhimpunan Pengislaman Di SMK Tenom

Tidak timbul isu perhimpunan pengislaman di Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Tenom seperti yang tersebar dalam aplikasi Whatsapp mahupun laman sosial lain.

Berikutan itu, Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata satu laporan polis dibuat di Balai Polis Tenom, 12-tengahari TADI.

Tegasnya, dakwaan tentang perhimpunan pengislaman di sekolah tersebut adalah tidak benar sama sekali, termasuk yang mengaitkannya dengan  pemimpin politik di negeri ini.

Datuk Jame yang dihubungi RTM turut memberitahu, Pengetua SMK Tenom, Sidek Muhammad juga telah membuat laporan polis berhubung isu itu yang sengaja ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Sidek yang dihubungi memaklumkan, pihaknya mendapati penyebar tuduhan menerusi aplikasi Whatsapp itu bukan pelajar sekolah tersebut.

Pihak yang ingin mendapatkan pencerahan tentang isu tersebut boleh berhubung terus dengan pihak SMK Tenom.

 
Ends/alizaali/oli/fup
sheryl
 
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s