26/02/2015:Beberapa Tertuduh Terlibat Kes Pencerobohon Lahad Datu Telah Dicam

Beberapa tertuduh terlibat kes pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013 telah dicam saksi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, HARI INI.

Saksi ke-77, ASP Budi Juman Osman daripada Cawangan Khas Bukit Aman yang membuat pengecaman itu merupakan ketua pasukan yang ditugaskan untuk menyerbu dan menangkap beberapa suspek pencerobohan di Semporna.

Menurutnya, pasukannya  telah menahan 29-orang terdiri daripada 12-dewasa dan 17-kanak-kanak dalam serbuan ke atas dua buah kenderaan di Jalan Lehak-Lehak berhampiran Pejabat Perhutanan Daerah Semporna.

Beliau turut memberitahu telah melihat 2-objek dipercayai telefon bimbit dibaling keluar ke kawasan paya bakau dari kenderaan tersebut. Bagaimanapun, objek berkenaan tidak Berjaya ditemui.

ASP Budi memaklumkan demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Wahab Mohamed dalam perbicaraan dihadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah.

 
Ends/Shon/WN/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s