26/02/2015:Bimbing Organisasi Bangunkan Sistem Pengurusan LEAN

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah kini giat menjalankan usaha membimbing organisasi membangunkan sistem pengurusan LEAN yang merupakan lanjutan daripada Amalan 5S.

Ia antara lain berupaya mewujudkan sistem pembaziran secara tersusun dan sistematik, sekaligus melonjak produktiviti dan prestasi organisasi.

Ahli Lembaga Pengarah MPC, Datuk Awang Buhtamam Ag. Mahmun berkata, semua organisasi perlu berani dalam menyelongkar idea baharu bagi melakukan perubahan dan anjakan kepada organisasi masing-masing.

Beliau ditemui media ketika merasmikan Seminar Pengurusan LEAN Bersama Industri di Kota Kinabalu.

Tambahnya, inovasi hari ini telah menjadi penanda aras baru global dan ianya menuntut kepada kecekapan, kepantasan bertindak, keupayaan mencipta agar mampu memberi impak besar kepada kesejahteraan organisasi.

Seminar tersebut dihadiri 110-peserta terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

 
Ends/wani/rg/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s