26/02/2015:Dapatkan Pengetahuan Tentang Gejala LGBT

Penduduk sekitar Daerah Kota Marudu dinasihati mendapatkan pengetahuan tentang gejala sosial seperti lesbian, gay, biseksual transgender (L-G-B-T) dan sumbang mahram yang berkait rapat dengan pergaulan bebas, jenayah seksual, kelahiran anak luar nikah, buang bayi dan keganasan rumah tangga.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Anita Baranting berkata, pengetahuan berkaitan gejala sosial tersebut penting berikutan banyak aduan diterima Jabatan hal Ehwal Wanita (JHEWA) berhubung kes berkenaan daripada penduduk di daerah itu.

 

Beliau ditemui pemberita RTM selepas merasmikan penutupan Program Khidmat Nasihat Undang-Undang dan Kaunseling Ceramah LGBT dan Sumbang Mahram di Dewan Komuniti Kota Marudu.

 

Datuk Anita yang juga wakil rakyat Tandek mahu Ketua Kampung bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) di Kota  Marudu, menjalankan tugas sebaik mungkin untuk menyebarluas kesan negatif budaya LGBT dan sumbang mahram dalam institusi kekeluargaan kepada penduduk di kawasan masing-masing.

 

Program yang julungkali diadakan di luar Kota Kinabalu itu disertai 300 orang terdiri daripada ketua kampung, Pengerusi JKKK, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Guru dan pelajar.

 

Maria (Juliana/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s