26/02/2015:Lengkapkan Diri Dengan Pelbagai Kemahiran

Penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran termasuk penggunaan aplikasi internet selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah berkata, langkah itu penting bagi membolehkan penjawat awam menyampaikan maklumat secara dengan lebih berkesan kepada masyarakat.

Beliau berucap merasmikan Program Wacana Minda anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah, Ustaz Halim Ahmad berkata, program tersebut antara lain bertujuan memberi input baharu dan nilai tambah kepada penjawat awam berkaitan isu-isu semasa di samping mengukuhkan penghayatan terhadap ajaran Islam.

Tahun ini, JAKIM merancang untuk menganjurkan 3-Siri Wacana Minda selaras dengan Pelan Tindakan Wacana Minda Jakim Cawangan Sabah bagi tahun 2015.

Program yang dihadiri lebih 200-peserta ini turut diisi dengan ceramah yang disampaikan Penceramah Bebas, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

 
Ends/sahira/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s